Bekas Pegawai Eksekutif Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah 41 ribu ringgit.<br />Tertuduh, Abas Tuah, 59 tahun, didakwa telah memperdayakan mangsa untuk mempercayai bahawa dia boleh membantunya mendapatkan tapak perniagaan dan memudahkan pembaharuan kontrak sewaan tapak perniagaan di Kota Kinabalu International Airport (KKIA).